MISTERI WANITA ANEH MELINTAS
KOTA BHARU, KELANTAN: PADA
tahun-tahun 1970 dan 1990 dulu, Jalan Tengku Mohd. Ma’asum yang bermula dari
Jalan Telipot ke persimpangan Jalan Pasir Hor dekat sini adalah laluan yang
masih dipenuhi semak-samun dan hutan tebal. Penduduk jati dari kawasan terbabit pastinya sedia
maklum tentang beberapa gangguan keras terhadap individu yang lemah semangat,
mereka mendakwa jelmaan yang sering berkeliaran di kawasan itu pada waktu itu
adalah seperti seekor seladang atau kerbau.
Sehinggalah laluan berkenaan
diangkat untuk dijadikan sebagai sebatang jalan yang akan memudahkan
perhubungan, mengurangkan jarak perjalanan dan mengurangkan kesesakan lalu
lintas jalan di jalan utama Wakaf Che Yeh, adalah wajar projek yang dimulakan
sejak tahun 2002 dari Jalan Pasir Hor ke Jalan Telipot dijalankan. Namun,
ketika awal projek berkenaan sedang dijalankan, pernah terdengar jentera projek
didapati mati dengan sendiri sedangkan minyaknya terisi penuh di dalam tangki
dan tiada berlaku sebarang kerosakan terhadap jentera berkenaan.
Setelah laluan berkenaan siap
sepenuhnya pada tahun 2004 dan diwartakan sebagai laluan singkat
penduduk-penduduk dari luar dan di kawasan terbabit, bermulalah kejadian
pertama penuh misteri di kawasan yang agak kelihatan selekoh berbukit di mana pada masa itu di kiri laluan berkenaan ditumbuhi semak-samun yang agak tebal, kini laluan
berkenaan terletak berhampiran dengan sebuah surau. Kejadian pertama ketika itu
melibatkan nahas, pertembungan di antara dua buah kereta Perodua Kancil.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada waktu petang.
Beberapa bulan selepas pemasangan
lampu jalan di laluan terbabit, menjadikan suasana hingar terutamanya pada
waktu malam. Kejadian nahas demi nahas semakin menjadi-jadi. Beberapa kejadian
nahas ngeri melibatkan sebuah kereta Honda Accord berlaku pada 17 Mac, 2008
pada pukul 11.00 malam.
Malahan dalam tempoh tidak sampai setahun iaitu pada tahun 2009, berlaku pula kejadian nahas melibatkan sebuah motosikal RX-Z yang dikatakan merempuh gerombolan makhluk halus berjubah putih, juga berlaku di kawasan selekoh dan di tempat yang sama kejadian nahas kereta Honda Accord itu. Kejadian ini disaksikan sendiri oleh Wartawan RELATIF yang kebetulan keluar malam untuk ke rumah penggawa pada malam tersebut.

Selepas kejadian itu, kejadian
nahas semakin menjadi-jadi dan setakat ini telah 42 kes nahas, tetapi
kebanyakannya berlaku pada pukul 1.00 hingga 3.00 pagi di laluan selekoh
Kampung Bawah Lembah serta hadapan Taman Restu. Manakala kejadian nahas yang
seterusnya berlaku pada 9 Julai, 2010 melibatkan pertembungan Nissan Vanette
dan kereta Nissan Sunny, di mana kejadian ini berlaku di waktu pagi.
Kemudiannya, dalam tahun yang sama berlaku pula nahas jalan raya pada pukul 11.35 pagi yang melibatkan sebuah Perodua Kancil putih yang cuba mengelak dari melanggar sebuah rumah di kawasan selekoh itu, akibatnya terbabas dan terbalik sebanyak tiga kali. Kenderaan berkenaan remuk di bahagian bumbung. Kesemua pemandu mendakwa cuba mengelak dari merempuh jelmaan haiwan itu dan seperti manusia yang kadang-kadang menjelma seperti seorang wanita atau nenek tua dan kanak-kanak dalam usia 12 tahun.

Malah kejadian terbaharu yang
berlaku pada 12 September, 2013 lalu jam 2.00 pagi (pagi Jumaat) juga tidak
kurang hebatnya. Kejadian berkenaan berlaku betul-betul di hadapan sebuah
masjid iaitu di kawasan selekoh berbukit di tempat kejadian awal di antara
pertembungan dua buah Perodua Kancil pada tahun 2004 dulu.
Nahas pada pagi itu hanya
melibatkan sebuah kereta Honda yang dikatakan pemandunya sedang memandu
di laluan terbabit. Setibanya di kawasan kejadian, pemandu kenderaan berkenaan
melihat seorang wanita tua yang dapat dikategorikan sebagai nenek tiba-tiba
melintas lalu berhenti di tengah-tengah jalan. Bimbang nenek itu dirempuh dalam
jarak yang dekat, pemandu kereta berkenaan membalasnya ke sebelah kiri.
Akibatnya kenderaannya itu merempuh pagar besi dan dinding batu rumah di
kawasan itu.
Akibat rempuhan kuat itu,
menyebabkan kenderaan remuk di bahagian hadapan. Pemandunya terhantuk ke
stereng (kecederaan di bahagian muka dan hidung) menyebabkan dia dimasukkan ke
hospital selama tiga hari. Besi pagar dua rumah terbabit bengkok dan tercabut,
manakala dinding batu rumah tersebut pecah dan batanya bertaburan di laman
rumah berkenaan.
Inilah bahananya memandu pada
waktu malam tanpa niat yang suci dan penting kerana Nabi S.A.W sendiri melarang berjalan malam jika tidak
mempunyai suatu hal yang amat mustahak. Apatah lagi, di kebanyakan di kawasan
nahas, makhluk halus gemarkan kepada cahaya lampu berwarna kuning kerana itulah
warna alamnya. Maka, berhati-hatilah jika memandu pada waktu malam, kerana
waktu malam adalah sebahagian dari aktiviti makhluk halus untuk keluar mencari
rezeki.
Di sinilah wanita tua (nenek) melintas dari arah kiri ke kanan jalan.
Keadaan pagar besi dan dinding batu rumah terbabit pecah dan bengkok akibat rempuhan kasar dalam kejadian jam 2.00 pagi itu.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan