KOLAM PUTERI SA'ADONG
WAKAF BAHARU, KELANTAN: Terdapat beberapa buah kolam yang sering
digunakan oleh Puteri Sa'adong ketika zaman remajanya sehingga Baginda menjadi
Permaisuri Raja Abdullah yang pernah ditemui seperti kolam terbesar terletak di
Kampung Pangkal Kalong, Ketereh, kolam di Jalan Panji dan terbaru yang ditemui
di Kampung Kutan Hilir, Wakaf Baharu, Kelantan. Kolam ini terletak berhampiran
dengan sebatang sungai yang sering digunakan oleh Baginda, pedagang-pedagang
lain yang menyusurinya serta penduduk-penduduk kampung terbabit.
Seorang
penduduk kampung terbabit, Wan Hanafi Wan Isa yang sempat ditemui Wartawan RELATIF berkata, kolam mandi tempat
Puteri Sa'adong bersiram juga ada di kampungnya itu. Kolam yang dimaksudkan itu
memang ternyata agak besar, tetapi kini telah didapati tertimbus berikutan
kerja-kerja terhadap kawasan tanah terbabit.
"Jika dilihat, seolah-olah
sebatang parit, namun disebabkan faktor tanah yang semakin turun menyebabkan
kolam itu semakin sempit", katanya.
Katanya lagi, kolam itu telah
ditemui oleh salah seorang penduduk kampungnya yang kini telah meninggal
beberapa tahun lalu. Jika arwah tidak memaklumkan tentangnya, sudah tentu
beliau sendiri tidak mengetahui tentang wujudnya kolam lama berusia lebih 200
tahun lalu di situ.
Menurut Wan Hanafi, pada masa
dulu jalan darat masih tidak berfungsi tidak sebagaimana di zaman moden ini.
Justeru, alternatif yang sering digunakan oleh penduduk-penduduk pada masa itu
termasuk Puteri Sa'adong sendiri yang menggunakan laluan berkenaan. Maka sungai
yang berhampiran dengan kolam itu adalah laluan alternatif yang lazim digunakan
oleh Puteri Sa'adong.
"Mungkin juga wujudnya kolam
seumpama itu berdekatan dengan sungai bagi memudahkan Baginda membersih dan
mencuci diri dan sejak itu kolam itu begitu tersohor di situ", ujarnya.
Sambung Wan
Hanafi lagi, pernah bahtera yang dinaiki Baginda dikenali "Jong Suluk Kapa
Ulana" telah karam kerana bertembung dengan ombak dan air berpusar di
kawasan muara sungai. Beliau membawa Wartawan RELATIF ke lokasi muara sungai yang dimaksudkan.
Apabila ditanya, mungkin wujudnya
keturunan atau generasi Puteri Sa'adong di kampung itu selepas Baginda wafat,
beliau menafikannya. Katanya, setakat yang beliau dapat tahu dari beberapa
penduduk kampung, tidak mungkin ada generasi Baginda di kampung itu. Kehadiran
Baginda menyusuri sungai itu atas kapasiti Baginda sebagai seorang raja dan
pemerintah sahaja.
Wan Hanafi bin Wan Isa.
Wan Hanafi Wan Isa ditemubual oleh Wartawan RELATIF.
Wan Hanafi sedang menunjukkan kolam asal Puteri Sa'adong yang kini telah tertimbus.
Inilah sungai yang sering digunakan oleh pedagang termasuk bahtera Puteri Sa'adong.
Di sinilah muara sungai yang airnya deras menyebabkan bahtera Puteri Sa'adong karam.
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
MOHD. KAMAL IBRAHIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan