TAMAN KHURMA
KOTA BHARU, KELANTAN: Pada tahun 1990, Bulatan Tuan Padang yang terletak di Jalan Tuan Padang di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, Kelantan tempat ini pada masa itu berlandskapkan sebuah pancutan air yang masuk ke dalam replika Al-Quran. Kemudiannya, pancutan air itu telah dibuang dan kini yang tinggal hanyalah replika Al-Quran serta menara jam.
Pada tahun 2014 ini, kedua-dua objek itu tidak bersendirian apabila mulai tahun 2008 lalu, taman berkenaan telah ditanam dengan khurma. Mungkin ketika pokok khurma tersebut masih kecil, pokok berkenaan kelihatannya "jauh pandangan" dari orang ramai. Namun, sejak bulan Februari 2014 lalu, pokok khurma yang dimaksudkan itu mula berbuah.
Pada ketika itu, buah khurma berkenaan hanya berbuah agak sedikit dan
masih kecil. Namun, pembesaran buah-buah khurma berkenaan semakin cepat
dan kelihatan menyerlah sejak awal Jun 2014 yang lalu. Buah-buah khurma
berkenaan dianggarkan akan masak sepenuhnya pada pertengahan bulan Julai
ataupun Ogos 2014 nanti.
Sejak foto buah-buah khurma berkenaan dimuat naik ke media sosial
seperti di Facebook dan Twitter, ia semakin mendapat tempat di kalangan
pengunjung yang bukan sahaja terdiri daripada penduduk setempat, malah
ada yang datang dari Bachok, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan tidak
kurang juga dari luar Kelantan yang sempat bergambar kenangan sambil
memeluk pokok khurma itu.
Kini, walaupun hujan turun renyai-renyai apatah lagi dalam keadaan panas terik pengunjung masih tidak berganjak untuk merakam foto kenangan kerana menganggapkan buah-buahan dari padang pasir itu sukar ditemui apatah lagi dalam keadaan tersergam indah dalam taman seperti itu. Kini, bolehlah dianggapkan bahawa tanaman khurma yang hidup subur dan telah berbuah itu dinamakan "Taman Khurma" kerana kawasan menarik itu boleh dijadikan sebagai taman rekreasi yang digemari oleh orang ramai di tengah-tengah pusat bandar.
Menara jam juga kekal di taman ini.
Inilah replika Al-Quran yang masih kekal sehingga hari ini.
Orang ramai di kalangan pengunjung tidak putus-putus datang untuk melihat dan merakam foto.
Tonton Video:
1. Siar.TV: Siri 2 - http://siartv-2.blogspot.com
2. You Tube - www.youtube.com/azmi mohd salleh
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan