RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-2.blogspot.com

Selasa, 1 April 2014

Misteri Pesawat MH370 Hilang


MISTERI PESAWAT MH370 HILANG

MEMULAKAN perjalanan yang jauh adalah sesuatu yang sukar walaupun nampaknya agak mudah. Hakikatnya, memulakan perjalanan yang jauh terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan berdasarkan kepada keadaan apakah yang digunakan oleh individu terbabit untuk ke tempat yang dituju itu. Sebab itulah, orang-orang tua zaman dahulu, apabila mereka akan memulakan perjalanan, dalam masa solat lagi mereka akan meminta pertolongan dan bantuan Allah dengan berdoa supaya mereka selamat dalam perjalanan dan sampai ke tempat yang dituju. Di antara ayat yang dibaca ketika dalam perjalanan itu berbunyi:

“Untuk perlindungan kaum Quraisy. Perlindungan mereka selama perjalanan musim dingin dan musim panas. Dan hendaklah mereka menyembah Tuhan Rumah ini (rumah suci Kaabah). Yang memberikan makanan kepada mereka untuk menahan lapar dan mententeramkan mereka dari ketakutan”.
(Surah Quraisy: ayat 1-4)

Malah ketika dalam perjalanan sekalipun dengan menaiki basikal atau berjalan kaki, mulut mereka tidak berhenti setakat itu sahaja sebaliknya sentiasa berzikir, membaca selawat mahupun berniat dalam hati supaya Allah sentiasa melindungi mereka dari segala bahaya yang bakal berlaku ketika dalam perjalanan itu. Ini kerana, malang memang tidak berbau dan manusia tidak tahu apakah bahaya yang bakal diterima sewaktu dalam perjalanan itu.

Hal berkenaan perlu dan wajar dilakukan di samping perkara-perkara lain sama ada cuba menghindari maksiat dan sesuatu yang terlintas di hati secara buruk yang didorongkan oleh hasutan syaitan yang sengaja untuk menyesatkan manusia, kerana dengannya juga bakal berlaku musibah buruk tanpa diduga. Itu hanya sekadar dalam perjalanan sama ada berbasikal dan berjalan kaki. Tetapi bagaimana pula halnya jika berkenderaan apatah lagi dengan menaiki helikopter atau pesawat terbang?

Dewasa ini, terlalu jarang atau hanya segelintir sahaja dari manusia yang sedar dan sentiasa beringat sewaktu ingin memulakan perjalanan lebih-lebih lagi dengan berkenderaan atau akan menaiki kapal terbang. Dari awal lagi, Rasulullah S.A.W  menyarankan kepada umat-umatnya, apabila ingin memulakan perjalanan atau menaiki kenderaan misalnya, hendaklah membaca doa dengan bunyinya:

“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya dan kejahatan hamba-Nya; aku berlindung dari hasutan-hasutan syaitan dan dari kedatangan mereka (syaitan-syaitan) itu kepada aku”.

Menjadi kemestian dan kewajipan khususnya kepada umat-umat Islam memohon doa, membaca ayat-ayat dalam perjalanan, berselawat kepada Nabi S.A.W sewaktu ingin memulakan perjalanan kerana hal-hal berkenaan adalah kunci yang paling terbaik supaya setiap individu yang dalam perjalanan sentiasa dilindungi oleh Allah dan tiba di tempat yang dituju itu dalam keadaan selamat, sejahtera dan sempurna. Bukan mudah menaiki kenderaan dengan harapan tiba di tempat yang dituju tanpa melakukan sesuatu yang seharusnya dilakukan kerana kita tidak pasti apakah yang bakal kita hadapi semasa dalam perjalanan nanti. Adakah kita akan bertembung dengan nahas atau kita sendiri yang terperosok dalam nahas itu, berhadapan dengan haiwan atau makhluk ghaib (makhluk halus) yang sentiasa merayau-rayau dalam waktu-waktu yang tidak dijangka.

Begitu halnya apabila menaiki pesawat terbang untuk pergi ke tempat yang jauh. Ketika memulakan perjalanan di udara ke tempat yang dimaksudkan itu, kita juga tidak pasti apakah yang akan berlaku ketika berada di udara dan dalam udara itu. Mungkin dalam penerbangan itu kita akan berhadapan dengan angin yang kosong (angin tidak berkualiti) keadaan cuaca yang tidak disangka atau gangguan angin mahupun sesuatu yang ghaib (lintasan makhluk halus). Jika berlakunya angin yang tidak berkualiti, sudah pasti pesawat yang kita naiki akan menjunam dan terhempas. Bahkan dengan angin juga merupakan alat yang digunakan oleh makhluk halus untuk terbang. Sebab, Nabi S.AW sendiri pernah bersabda tentang makhluk halus (jin) itu ada tiga golongan, dengan maksudnya:

“Jin itu terdapat tiga golongan, satu golongan berterbangan di udara, satu golongan berbentuk ular dan anjing dan satu golongan lagi berdiam di tempat dan pergi berangkat”.
(Hadis riwayat Al-Hakim dan At-Tibrani)

Bahkan, manusia juga perlu mengetahui tentang masa untuk memulakan perjalanan sama ada waktu siang atau waktu malam. Dalam konteks waktu siang, kemungkinan risiko menghadapi masalah yang bakal berlaku itu amat kecil, tetapi jika memulakan perjalanan pada waktu malam, risiko dan masalah besar pasti dihadapi. Ini kerana, pada waktu malam bermula waktu Maghrib adalah pertukaran masa yang paling disukai oleh golongan makhluk halus mengambil alih masa tersebut untuk aktiviti koloni mereka pula.

Pada waktu malam, pergerakan syaitan lebih agresif dari di siang hari, sebab kegelapan dapat menghimpun kekuatan mereka. Keluar malam itu tidak digalakkan, kecuali dengan sebab tertentu seperti menuntut ilmu dan hal-hal yang berfaedah. Nabi S.A.W  sendiri pernah menyarankan, jika tiada hal penting elakkanlah memulakan perjalanan pada waktu malam sebagaimana sabda Baginda Nabi S.A.W  dalam sebuah hadis:

“Andainya manusia itu mengetahui akibat (bahaya) bersendirian, tentu tidak ada seorang pun yang berjalan seorang diri pada waktu malam”.
 
Manakala dalam hadis lain pula, Nabi S.A.W  bersabda yang bermaksud:

“Apabila terdapat sebahagian malam atau pada waktu malam hendaklah kamu menahan anak-anakmu, sesungguhnya syaitan berkeliaran pada waktu itu. Apabila telah lenyap waktu itu maka hendaklah mereka menetap di tempat dan tutuplah pintu dan berzikirlah kamu dengan menyebut asma Allah kerana sesungguhnya syaitan itu tidak boleh membuka pintu yang tertutup”. (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Dalam hubungan ini, manusia wajar menyelidiki diri sendiri bahawa, manusia bukan hidup bersendirian di alam ini, bahkan manusia sebenarnya berkongsi alam ini dengan makhluk-makhluk Allah yang lain seperti tumbuh-tumbuhan, serangga, haiwan dan makhluk ghaib (jin dan syaitan).

Malah apabila membicarakan tentang makhluk ghaib (jin), nisbah manusia hanya satu (1) peratus sahaja, sebaliknya makhluk halus terbabit sebanyak sembilan (9) peratus yang sentiasa mengelilingi, berada berhampiran dan ingin mendampingi manusia. Tetapi manusia sentiasa lupa dan tidak sedar tentang hakikat sedemikian kerana kelemahan yang dialami oleh manusia sendiri iaitu tidak dapat melihat makhluk terbabit, jika manusia sentiasa melihat mereka sudah pasti manusia menjadi kacau-bilau dan pastinya menjadi tidak keruan (gila).

Malahan dalam konteks turutan makhluk ghaib, seperti Malaikat (diciptakan dari cahaya), Bunian (diciptakan dari cahaya, makhluk yang menjadi rahsia Allah dan tiada dinyatakan dalam hadis dan Al-Quran), Iblis (koloni di bawahnya ialah syaitan dan jin). Iblis diciptakan oleh Allah dari api yang sangat panas (api biru) manakala jin terjadi pergaulan sesama mereka sebagaimana manusia juga melalui perhubungan jantina lelaki dan perempuan. Mereka mempunyai akal, nafsu, berilmu, berkelamin, mempunyai keturunan, makan minum, usaha dan ikhtiar, dipertanggungjawab untuk beribadat kepada Allah (hukum taklif) dan ditegah melakukan kekufuran dan maksiat kecuali jin kafir.

Asal iblis adalah penjaga syurga (Khaazin) dan ketua langit dunia dan ia juga mempunyai kekuasaan di bumi (induk makhluk halus). Iblis juga adalah ketua bangsa jin di bumi, di mana dalam bahasa Arab namanya dikenali “Al-Harith” (penjaga), manakala dalam bahasa Suryani ia disebut “Azazil”. Menurut An-Nuqaasy, iblis juga digelarkan “Abu Kirdaus”. Disebabkan iblis kuat beribadat dan paling banyak ilmu, maka ia mencapai martabat malaikat yang mempunyai empat sayap. Penafsir Qataadah menyebutkan berita yang disampaikan oleh Sa’id bin Al-Musayyab bahawa iblis itu ketua malaikat. Dia juga dipanggil “jin” kerana dinisbah kepada “Al-Jannah” iaitu syurga (kerana dia adalah penjaga syurga).
  
Berdasarkan hadis daripada Zaid bin Mujahid mengatakan, iblis mempunyai lima anak terdiri daripada:

  1. Thabr (selalu mendatangi manusia yang menghadapi masalah seperti kematian, kerugian, kecelakaan, hilang harta benda dan pangkat. Ia mendorong manusia supaya berputus asa, keluh kesah, mencarik-carik baju, meratapi kematian dan menyalahkan Allah).
  1. Al-Awar (berusaha memujuk manusia melakukan zina (meniup liang kemaluan lelaki dan kemaluan perempuan). Ia merayu dan memujuk dengan mengatakan betapa nikmatnya pekerjaan nista dan keji ini diteruskan).
  1. Maswath (mendorong manusia supaya berdusta. Ia cukup seronok kalau ada cerita-cerita bohong untuk dipercayai).
  1. Dasim (bertugas menggoda orang yang mahu masuk ke rumah agar tidak memberikan salam dan berusaha untuk mencerai-beraikan pasangan suami isteri dengan cara menanam rasa benci  dan sakit hati (dengan memperlihatkan kesalahan) antara keduanya sehingga berlaku perceraian).
  1. Zalnabur (adalah dari golongan  syaitan yang berkeliaran di pasar-pasar dan di merata tempat untuk menyuburkan pertengkaran, tipu-menipu, caci-cela dan berbunuhan sesama manusia).
Kelima-lima anak iblis ini menjadi pemimpin dan setiap tugas dengan mempunyai kekuatan tentera yang tidak terkira jumlahnya yang terdiri daripada syaitan-syaitan. Iblis mengirimkan beberapa pasukan tenteranya setiap hari (dari singahsananya yang terletak di permukaan laut) untuk menimpakan fitnah ke atas manusia. Iblis juga mempunyai cucu yang sebahagiannya terdiri daripada syaitan-syaitan yang mempunyai tugas masing-masing. Kerana itu, dia disebut “Bapa Syaitan”.
(Sumber: Buku Jelajah Alam Jin, Haji Wan Abdul Halim Bashah).

Dari segi kerajaan pula, iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar dan megah. Mereka ada menteri, pemerintah, ada pejabat dan mempunyai wakil-wakil dan pengikut yang tidak terkira jumlahnya.

Iblis mempunyai kerajaan di atas air. Ini kerana, dunia ini mempunyai 72 peratus adalah air sedangkan daratan hanya 28 peratus. Manusia hanya mendiami daratan hanya satu pertiga dunia itu, itu pun belum semua dihuni oleh manusia. Sedangkan iblis, syaitan dan jin sudah terlebih dahulu menduduki dunia dan telah menubuhkan kerajaan yang megah di perairan, bahkan sebahagiannya mendiami di daratan.
 
Semua makhluk halus amat menggemari tempat di perairan terutamanya jika ada pertemuan dua arus, baik sungai mahupun lautan dengan lautan. Ini disebabkan di antara keduanya terdapat “batas”. Pembatasan kedua aliran berkenaan akan menimbulkan medan magnet yang sangat disukai oleh makhluk halus.

Dalil yang menyatakan iblis mempunyai arasy atau kerajaan di atas air adalah sebagaimana sebuah hadis yang diberitakan daripada Jabir r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Iblis itu meletakkan arasynya di atas air, kemudian ia mengutus pasukan tenteranya dan yang paling dekat mereka dari kedudukan keagungannya adalah fitnah, salah satu dari mereka datang seraya berkata: “Aku telah kerjakan ini dan itu. Kemudian dia berkata: “Apa yang telah engkau perbuat tentang sesuatu, ia menjawab: “Salah satu dari mereka dan berkata: “Tidaklah aku tinggalkan kepadanya (manusia) sehingga aku boleh memisahkan antara dia dengan keluarganya, lalu ada yang berkata: “Hendaklah engkau mendekatkan darinya. Atau ada yang berkata lagi: “Tetapkanlah saja dia” lalu ia berkata: “Betul engkau”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Berdasarkan hadis daripada Rasululah S.A.W  itu bukanlah teori sebagaimana dakwaan manusia. Ini kerana, dalam konteks rohani, iblis dan jin banyak lari ke kawasan lautan dan dasar laut kerana lebih sesuai terhadap koloni mereka. Bahkan di kawasan terbabit juga syaitan amat suka bermain-main di antara tempat cerah dan gelap, kawasan sejuk dan panas. Apatah lagi dajjal sememangnya sejak dulu telah bersepakat dengan kerajaan Iblis dan mereka mahu meniru atau menandingi istana dan kerajaan Nabi Sulaiman a.s dahulu lalu mereka membina singahsana Kristal di atas air terutamanya di tengah lautan. Jika kita melihatnya dengan mata kasar, tentunya mata tidak dapat melihat istana golongan mereka di atas lautan yang dimaksudkan.

Sebab itulah, di dunia ini terdapat tiga tempat yang dianggap misteri, luar biasa dan ganjil malah kesemuanya tidak terjangkau oleh akal jika tidak memiliki atau mendalami ilmu tentangnya. Misalnya kawasan misteri dan ganjil yang dimaksudkan memang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, malah kadang-kadang ilmu kebatinan dan kerohanian kadang-kadang tidak dapat menjangkau ke daerah itu kecuali yang bertaraf musawwir dan murabi.

Misalnya kawasan luar biasa, misteri dan ganjil yang dimaksudkan dikenali sebagai Segitiga Bermuda (Bermuda Triangle), Segitiga Formosa (Formosa Triangle) dan Segitiga Maselambo. Segitiga Bermuda terletak di barat laut Atlantik. Ia meliputi Miami, Florida dan Puerto Rico yang berdekatan dengan negara Cuba. Malah ada yang menyatakan kawasan ini dikenali juga sebagai Teluk Mexico.

Manakala dua lagi segitiga terdapat di Asia seperti Segitiga Formosa dan Segitiga Masalembo yang terletak di Indonesia.

Segitiga Formosa dikenali juga sebagai kembar Segitiga Bermuda. Formosa adalah sebuah pulau yang terletak 145 km sebelah timur daratan China, yang dipisahkan oleh sebuah selat yang disebut Selat Formosa. Formosa adalah Cina nasionalis yang lebih dikenal dengan nama Taiwan. Luas pulau ini sekitar 35.961 km persegi, dengan ibu kota Taipei. Formosa terkenal karena posisinya yang terletak di tenggara sebuah segitiga yang dikenal dengan nama “perigi syaitan” yang disitu terjadi peristiwa-peristiwa-peristiwa yang menyangkut hilangnya kapal dan pesawat yang tak kalah misterinya dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi di Segitiga Bermuda.

Puncak atas segitiga Formosa terletak di Pulau Gilbert di Laut Kuning. Daerah ini disebut dengan "Kuburan kapal dan Pesawat Terbang". Sudut timur lautnya terletak di Pulau Wake, sedangkan sudut tenggaranya terletak di Pulau Formosa. Bukti-bukti Ilmiah menunjukan bahawa kawasan tersebut merupakan pertemuan antara arus air hangat dengan air yang dingin. (Sumber: http://sudut-pandang-islam.blogspot.com)

Ketiga-tiga segitiga ini memang kelihatannya agak tenang, tetapi penuh bergelora. Tempat-tempat berkenaan menjadi kesukaan makhluk-makhluk syaitan, jin dan alien di bumi, malah ada yang mendakwa kawasan terbabit juga berkampungnya kumpulan dajjal.

Peristiwa kehilangan beberapa kapal laut dan pesawat yang melalui kawasan terbabit memang diketahui sejak dulu, namun sebahagian masyarakat zaman moden ini tidak mempercayainya yang menganggapnya sebagai “karut”. Begitu halnya dengan kehilangan pesawat Malaysia – MH370 juga ada kaitan dengan kawasan terbabit. Pesawat ini dipercayai telah memasuki terowong di Segitiga Formosa itu yang turut dikenali Terowong Masa atau kadang-kadang dikenali juga Terowong Cahaya kerana apabila terdorong ke terowong berkenaan tentunya tidak akan dapat keluar kerana tidak dapat menemui pintu keluar. Pesawat canggih ciptaan manusia belum tentu dapat mengesan kehilangan pesawat terbang atau kapal laut apabila terjerumus ke segitiga terowong tersebut.  Hanya yang dapat mengeluarkan mangsa adalah kalimah Allah seperti azan, syahadah, selawat dan doa.

Mungkin iblis, jin dan syaitan dianggap hebat kerana dapat mendirikan kerajaan mereka, mereka juga mampu mengucapkan syahadat, tetapi mereka tidak mampu untuk menyebut “nur Muhammad”. Ini kerana, apabila mereka menyebutkan, hancur leburlah mereka.

Sebab itu, manusia jangan terlalu bangga dengan kehebatan dapat menciptakan senjata dan pesawat tempur yang canggih tetapi hakikatnya tidak akan mampu menandingi kehebatan senjata iblis dan syaitan kerana mereka memperolehi ilmu lebih 100 tahun dari ilmu yang diperolehi manusia.

Justeru, adalah amat mustahil dan agak tidak munasabah pesawat Malaysia MH370 itu terhempas di Lautan Hindi kerana dari awal lagi pesawat terbabit berlepas dari KLIA, Kuala Lumpur ke Beijing jam 12.41 pagi membawa 227 penumpang dari 14 negara bersama 12 anak kapal dijadual mendarat di Beijing jam 6.30 pagi telah terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang jam 2.40 pagi Sabtu. Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan radar Pusat Kawalan Trafik Udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Kerahan mencari pesawat MAS MH370 termasuk kotak hitam di Lautan Hindi pastinya menemui jalan buntu dan sia-sia kerana amat mustahil pesawat tersebut menjunam atau terhempas di kawasan itu. Adalah lebih baik dan amat wajar aktiviti mencari pesawat yang hilang itu ketika pesawat itu berlepas menghala arah laluan ke Beijing itu, salah satunya ialah di kawasan Laut China Selatan dan Laut Kuning tersebut.

Peta dan kedudukan Laut China Selatan dan Laut Kuning.

Peta dan kedudukan Segitiga Formosa

Peta dan kedudukan Segitiga Bermuda.

Nota:
Penulis turut bermimpi, terdengar suara ramai seperti dalam kesulitan, kesakitan dan meminta tolong seperti dalam sebuah tempat terkurung pada 29.3.2014 (Sabtu) apabila terjaga dari tidur kira-kira jam 2.50 pagi sebelum menunaikan Solat Tahajjud (Qiamullail) yang lazimnya dilakukan Penulis setiap jam 3.00 pagi.

Tulisan:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan