BUKIT KELUANG
(TERENGGANU)
BESUT, TERENGGANU: BUKIT KELUANG yang terletak dalam daerah Besut,
Terengganu yang berjarak 140 kilometer dari bandar Kuala Terengganu memang
tersohor sebagai sebuah tempat peranginan dan perkelahan menarik apatah lagi telah banyak
dirakam di dunia maya kerana keunikannya. Keadaan ini agak jelas, di kawasan
pantai peranginan ini dialiri air masin (air laut) manakala di sebelah belakang
Bukit Keluang pula adalah Pantai Air Tawar.
Lazimnya,
kawasan Pantai Air Tawar yang terletak di bahagian belakang Bukit Keluang menjadi tempat aktiviti kaki pancing untuk mengail
pelbagai jenis ikan air tawar seperti ikan keli dan haruan. Pengalaman Penulis
ketika berkunjung ke Bukit Keluang pada 31 Disember, 2011 masih dalam ingatan apabila seekor ikan haruan tiba-tiba melompat dari gigi air pantai air tawar
itu. Terkejut dengan keadaan demikian, Penulis cuba merasa air tersebut dan
amat jelas, air yang mengalir di bahagian belakang Bukit Keluang itu adalah air
tawar yang mungkin dihuni pelbagai spesis ikan air tawar lain. Penulis kemudian membawa pulang ikan haruan itu lalu dilepaskan di Sungai Pulong, dekat Pasir Hor, Kota Bharu
seminggu selepas itu.
Bukit
Keluang mempunyai latar belakang dan sejarah yang tersendiri sehingga bukit
berkenaan mendapat nama. Selain pernah dikatakan kawasan bermisteri yang hanya
diketahui oleh kalangan penduduk di kawasan itu, Bukit Keluang sebenarnya
menjanjikan ketenangan kepada pengunjung. Di sebalik bukit yang berdiri gah
berhampiran air masin dan air tawar itu, Bukit Keluang memberikan ketenangan,
kenyamanan berikutan hembusan angin yang menerpa dari kedua-dua arah bukit dan dari arah pantai
itu tentunya akan melupakan segala keresahan dan masalah yang membungkam jiwa
tatkala berkunjung ke Bukit Keluang ini.
Menjelaskan tentang sejarah
sehingga dinamakan Bukit Keluang, seorang penduduk jati, Razali bin Hussin atau
Abang Li Bonsai, 51, dari Bukit Keluang, Besut, Terengganu ketika ditemui
Wartawan RELATIF di kediamannya berkata, Bukit Keluang mendapat nama dari
seorang pahlawan wanita bernama "Khu Foo Luan" yang berasal dari
Thailand yang telah melarikan diri lalu berkampung di tempat itu. Ketika lanjut
usianya, orang-orang Melayu memang sukar untuk menyebut namanya yang terlalu
panjang, jadi alternatif paling mudah mereka memanggilnya "Kluang'.
Katanya, pada masa dulu, Bukit Keluang adalah sebuah pulau di mana satu sumber menyebut, Bukit Keluang dikenali juga sebagai 'Pulau Perhentian Darat'. Ini kerana, banyak batu karang laut yang hanya terdapat di pulau-pulau tetapi tidak pernah ditemui di pantai, amat jelas Bukit Keluang termasuk dalam kategori itu. Sebab itulah, sehingga hari ini kesan-kesan peninggalan batu karang masih lagi wujud namun telah semakin berkurangan akibat dijadikan kawasan peranginan.
Menurutnya, ketika beliau masih dalam usia kanak-kanak kemudahan jalan raya yang menghubungkan ke Bukit Keluang masih belum diturap malah masih diselubungi debu. Kemudiannya setelah Bukit Keluang dibuka secara rasmi untuk dijadikan kawasan peranginan pada tahun 1980 oleh Tan Sri Yusoff Nor menyebabkannya berubah wajah. Selepas pembukaan kawasan peranginan tersebut, orang Kelantan adalah golongan terawal santai-santai di situ sambil menghirup udaranya yang segar di samping menikmati panoramanya yang indah.

Banyak kemudahan telah disediakan
oleh pihak Majlis Daerah Besut (MDB) khusus buat pengunjung untuk ke Bukit Keluang
seperti surau, wakaf rehat, taman permainan kanak-kanak, titian tasik air laut, laluan (tangga) merentas bukit, gerai makanan, tandas awam, tong sampah dan papan tanda amaran “larangan membuang
sampah” turut dipasang di kawasan kaki bukit berkenaan.
Justeru, jika ada masa lapang
terutamanya apabila tibanya musim cuti sekolah, cuti mingguan (Jumaat dan
Sabtu) atau cuti khas dan cuti umum, bawalah keluarga anda untuk bersantai di
pantai Bukit Keluang. Anda akan memperolehi keuntungannya apabila ke bukit
berkenaan kerana kawasan berkenaan memberikan ketenangan dan kenyamanan
udaranya yang tidak lokek untuk berhembus ke serata arah.
Simbol Bukit Keluang.
Pemandangan bahagian hadapan Bukit Keluang (kawasan peranginan dan perkelahan).
Pantai air masin.
Surau.
Wakaf rehat.
Taman permainan kanak-kanak.
Titian tasik air laut.
Laluan (tangga) merentas bukit.
Gerai makanan dan minuman.
Tandas Awam.
Tong sampah.
Papan tanda "larangan membuang sampah".
Pemandangan bahagian belakang Bukit Keluang.
Pantai air tawar.
Dalam bulatan: Seekor ikan haruan melompat dari dasar pantai air tawar ke daratan.
Dalam bulatan: Seekor ikan haruan melompat dari dasar pantai air tawar ke daratan.
Jeti kaki pancing, tempat mengail ikan air tawar.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan