TAMAN INDERA PETRA
(KOTA BHARU)
KOTA BHARU, KELANTAN: TAMAN Indera Petra terletak
di atas tanah seluas 2 ekar 68 depa. Pada tahun 1960-an dulu, taman ini
hanya merupakan Taman Permainan Kanak-kanak yang diwujudkan untuk
kegunaan penduduk sekitarnya.
Pada tahun 1995, taman ini telah dibina dan dibaikpulih secara sempurna
lagi oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu sesuai dengan "Taman Rekreasi
Keluarga". Disebabkan prasarananya yang agak selesa dengan
pemandangannya yang mempesonakan telah menarik ramai pengunjung untuk ke
taman ini berikutan pembinaan "Taman Tema Air (Splash)" telah
menyebabkan Taman Indera Petra semakin terserlah dan dikenali.
Berikutan sambutan pengunjung yang agak memberangsangkan, beberapa
kemudahan untuk pengunjung telah disediakan di taman ini umpamanya Taman
Tema Air, Taman Permainan Kanak-kanak, Medan Selera, Surau, Tandas
Awam, Pusat Memanah, Pusat Aerobik, Pusat Internet, Dewan Terbuka, Pusat
Taekwando dan Tempat Letak Kereta.
Lazimnya, Taman Indera Petra dan Taman Tema Air ini telah dikunjungi
oleh kebanyakan pengunjung yang terdiri dari kanak-kanak dan orang
dewasa adalah pada hari cuti umum, cuti mingguan seperti hari Jumaat dan
Sabtu termasuk cuti persekolahan. Kanak-kanak adalah warga yang paling
ceria apabila dibawa ke taman ini kerana mereka mengidam untuk bermain
air di Taman Tema Air ini terutamanya di sebelah petang, manakala
golongan dewasa akan menjadikan suasana malam bersama keluarga ke Taman
Indera Petra ini untuk menjamu selera.
Pendek kata, setiap kali musim cuti taman ini akan sentiasa dipenuhi
pengunjung yang menjadikan aktiviti beriadah, rekreasi dan santai
bersama keluarga sambil menikmati keindahan dan hembusan bayu di
tengah-tengah bandar Kota Bharu yang terletak berhampiran Pusat
Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu,
Kelantan.
Taman Indera Petra terletak di bandar Kota Bharu di Jalan Kuala Krai.
Taman Tema Air (Splash) terletak dalam Taman Indera Petra ini.
Taman Permainan Kanak-kanak.
Medan Selera.
Gerai Makanan.
Surau.
Tempat letak kenderaan.
Batu asas Taman Indera Petra.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan