MISTERI LALUAN GHAIB
WAKAF BAHARU, KELANTAN: SUDAH menjadi kelaziman, kebanyakan cerita yang dialami mangsa sama ada sering diusik, terserempak dengan makhluk halus atau terlihat jelmaan makhluk yang menakutkan sering berlaku di kawasan tanah perkuburan. Bukanlah untuk memberikan gambaran tanah perkuburan itu sebuah kawasan bermisteri, tempat menjadi kegemaran makhluk halus bersantai, namun kebanyakan kejadian yang dialami oleh mangsa terjadi di kawasan tanah perkuburan.
Kejadian yang melibatkan jirat Cina yang terletak di Kampung Chenderung Batu dekat sini juga berlaku di tanah perkuburan, tetapi kejadian yang berlaku di laluan yang terletak bersebelahan dengan jirat Cina di mana kawasan berkenaan masih dipenuhi hutan buluh dan semak-samun yang agak tebal.
Nasib yang menimpa seorang warga emas yang dipanggil "pakcik" ketika menunggang basikal tua miliknya yang melalui kawasan itu ketika pulang dari warung kopi yang terletak bersebelahan dengan tempat kejadian memberikan gambaran, makhluk halus sebenarnya suka pada waktu malam kerana waktu malam adalah pertukaran masa untuk spesis mereka bekerja. Malah Nabi S.A.W sendiri melarang sesiapa saja bergerak atau bergiat aktif pada waktu malam tanpa tujuan penting, kecuali ingin menuntut ilmu dan mengharapkan sesuatu yang berfaedah kepada agama dan diri sendiri adalah digalakkan. Tetapi bagi tujuan yang tidak berfaedah, adalah lebih baik dibatalkan jika ada niat untuk berbuat demikian pada waktu malam atau tangguhkannya pada sebelah siang saja.
Salah seorang yang ditemui Wartawan RELATIF, Mohd. Saiful Mohd. Nor, 21, dari Kampung Kebakat, Wakaf Baharu, Kelantan berkata, warga emas terbabit pulang dari warung kopi yang terletak di kampung bersebelahan malah terpaksa melalui laluan jirat Cina itu, Kejadian itu sebenarnya berlaku jam 1.00 pagi beberapa tahun yang lalu di mana warga emas ketika itu berusia 50 tahun sedang menunggang basikalnya seorang diri.
"Saya dapat tahu cerita ini dari orang-orang kampung juga. Mungkin telah diceritakan oleh pakcik itu kepada mereka.
"Saya pun agak hairan, bagaimana laluan itu boleh hilang sedangkan ketika kejadian, bulan purnama penuh. Setakat berita yang saya dengar, laluan itu kosong di hadapan pakcik itu", ujar Saiful ketika menceritakan pengalaman mangsa di hari kejadian itu.
Sambung Saiful, warga emas itu menunggang basikalnya agak laju juga untuk cepat sampai di rumahnya kerana hari sudah larut malam. Apabila tiba di laluan jirat Cina itu, warga emas berkenaan dapat melihat dengan jelas laluan yang bakal ditempuhnya itu hilang, padahal ketika kejadian bulan purnama penuh. Bimbang berlakunya kejadian yang tidak diingini jika terperosok ke arah laluan yang hilang, warga emas itu secara tiba-tiba memperlahankan kayuhan basikalnya dengan membreknya secara mengejut.
"Saya dapat tahu, kira-kira lima minit pakcik itu terpaksa menunggu agar laluan yang ghaib itu berkeadaan seperti sediakala", ujar Saiful lagi.
Kata Saiful menambah, kejadian sedemikian pernah berlaku sebelum ini dan orang-orang kampung turut heboh di warung-warung kopi. Namun, cerita tentang kejadian sedemikian hanya hilang setakat itu sahaja. Jadi, apabila dialami oleh warga emas berkenaan baharulah penduduk-penduduk kampung agak gelisah dan hairan tentang kejadian yang dialaminya.
Apatah lagi, mangsa turut menceritakan kejadian yang dialaminya kepada penduduk-penduduk kampung membuktikan kawasan hutan buluh yang terletak berhampiran dengan jirat Cina itu adalah seperti "mengusik". Walaupun dianggap mengusik dengan kejadian "laluan ghaib", namun orang-orang kampung tidak pernah menceritakan tentang kejadian orang hilang, kemalangan, terjatuh atau disorok ke tempat lain atau sesuatu yang buruk telah berlaku.
Saiful menambah, jirat Cina yang terletak di laluan Kampung Chederung Batu itu telah dijadikan tapak perkuburan sejak dari tahun 1960-an lagi. Sebelum ini, beliau tidak pernah mendengar kejadian misteri seperti itu. Apa yang diketahuinya, kawasan terbabit pada masa dulu adalah kawasan yang agak seram disebabkan laluan berkenaan terletak di kawasan hutan buluh, semak-samun dan kini jirat itu didapati terbiar dan tidak digunakan lagi.
Laluan pintas itu kini sering digunakan oleh kebanyakan penduduk-penduduk kampung lain untuk ke destinasi yang dituju kerana dikatakan jalan yang paling singkat dan tidak begitu sibuk berbanding laluan lain. Malah Saiful sendiri turut menggunakan laluan berkenaan setiap hari kerana membeli barangan keperluan dengan masa yang agak pendek kerana jaraknya agak pendek.

Mohd. Saiful Mohd. Nor.
Saiful ketika menceritakan pengalaman warga emas itu di tempat kejadian.
Inilah laluan ghaib yang dimaksudkan.
Hutan buluh terletak di kawasan jirat Cina. Kejadian usikan sering berlaku di kawasan ini.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan