MISTERI LEMBAGA BERBULU
WAKAF BAHARU, KELANTAN: Sememangnya, kebanyakan kes makhluk halus, individu yang lemah semangat pastinya menjadi mangsa diganggu atau disakat makhluk halus di sesuatu kawasan atau tempat makhluk halus itu berhenti. Makhluk halus memang mengetahui mangsa manakah yang boleh diganggu, kerana aura makhluk berkenaan dapat melihat ke dalam diri manusia. Apatah lagi, jika mangsa berkenaan sememangnya mempunyai saka yang juga dari kalangan jin yang menghuni dalam tubuh manusia memberi kelebihan kepada makhluk berkenaan untuk mendekati manusia.
Kejadian mangsa diganggu atau disakat makhluk halus terutamanya di kawasan tanah perkuburan bukanlah suatu perkara baru atau cerita yang sengaja direka-reka untuk menakutkan orang ramai yang sering berlaku pada waktu malam. Jika di siang hari kejadian seumpamanya boleh berlaku, namun jika mangsa diganggu pada waktu malam membuktikan waktu malam menjadi kegemaran makhluk ghaib itu untuk berkeliaran, bersuka ria dan bekerja kerana di waktu terbabit merupakan pertukaran siang kepada malam bermula pada waktu Maghrib. Nabi S.A.W sendiri pernah melarang umat-umat Islam supaya tidak cenderung menjalankan aktiviti yang tidak berfaedah pada waktu malam kecuali untuk tujuan menuntut ilmu.
Kejadian yang berlaku terhadap mangsa pada 13 September, 2009 di sebuah tanah perkuburan Islam di Kampung Chenderung Batu Timur, Wakaf Baharu dekat sini itu adalah sebuah kubur lama sejak tahun 1969 lagi. Sejak itu, kubur berkenaan dikatakan sering menjadi tempat makhluk halus untuk bersantai, namun kebanyakan mangsa terpaksa mendiamkannya kerana malu untuk menceritakannya kepada orang lain.
Jika mangsa yang lemah semangat terserempak dengan makhluk berkenaan pastinya mangsa akan terperanjat besar. Namun, sesetengah koloni makhluk halus akan menumpang bersama mangsa sama ada bertenggek di belakang kenderaan seperti motosikal atau kereta, namun kejadian makhluk halus bertenggek di atas tubuh mangsa juga adalah sesuatu yang patut dielakkan. Ini kerana, di lain masa mangsa perlu berhati-hati untuk tidak menjadikan waktu malam untuk melakukan aktiviti yang tidak sesuai.
Kejadian mangsa ditumpangi makhluk berbulu (lazimnya penduduk kampung memanggilnya "hantu raya") terutamanya di kawasan laluan tanah perkuburan memang sering berlaku. Apatah lagi jika makhluk berkenaan menjadikan tubuh manusia sebagai tempat bertenggek. Makhluk ini akan mengikut ke mana sahaja mangsa pergi sehingga mangsa pulang dan masuk ke dalam rumah, makhluk ghaib itu akan menurutnya juga.
Seorang warga emas, Siti binti Idris, 78, dari Kampung Chenderung Batu Timur, Wakaf Baharu, Kelantan berkata, kejadian mangsa bertempik kerana makhluk berbulu itu menumpang di belakang mangsa sememangnya berlaku. Ini kerana, mangsa yang mengalaminya telah melalui tanah perkuburan yang terletak di belakang rumahnya itu pada pukul 12.00 malam.
"Mangsa terbabit bersama seorang anaknya sedang membonceng di atas motosikal. Mangsa melalui tanah perkuburan di kampung ini pada pukul 12.00 malam.
"Dengan tiba-tiba mangsa bertempik dengan suara yang agak nyaring, seperti terkejutkan sesuatu", ujar Siti ketika menceritakan kejadian mangsa tersebut kepada Wartawan RELATIF.
Siti berkata, beberapa ketika kemudiannya mangsa cuba mendapatkan bantuannya untuk menyelesaikan masalah tersebut, namun beliau tidak dapat membantu kerana beliau sendiri tidak begitu arif dalam hal gangguan tersebut. Selepas itu, mangsa mendapatkan bantuan dari salah seorang jirannya yang terdekat supaya membekalkan surah Yassin untuk dibacanya bagi menghindarkan ketakutan dan gangguan makhluk itu.
Menurut Siti, ketika kejadian mangsa terbabit adalah seorang wanita sedang memboncengkan anaknya pada waktu malam, di mana selain mangsa mendapat gangguan itu, anaknya juga mengalami hal yang sama apabila dirasakan makhluk halus tersebut seperti sedang menumpang di atas belakangnya dan selepas itu berpindah di belakang anaknya pula.
Katanya, mangsa bukan sahaja dapat merasakan bentuk fizikal tubuh makhluk itu yang sememangnya berbulu yang menekan dirinya dan anaknya, namun mangsa sendiri dapat melihat makhluk halus berbulu itu berada di belakangnya dan selepas itu anaknya pula menyebabkan mangsa bertempik kerana berasa agak takut dan terkejut.
"Ketika mangsa berhenti sebentar di rumah meminta bantuan mak su, mak su bertanya mangsa datang dari mana. Mangsa memberitahu mak su, beliau datang dari rumah salah seorang warga emas di kampung ini bernama Deraman.
"Mak su tanya lagi, untuk apa ke rumah itu. Katanya, beliau berasal dari Wakaf Baharu, datang ke rumah Deraman kerana ada hal penting. Selepas kejadian itu, mangsa takut untuk pulang ke rumahnya kerana bimbang dengan kejadian yang sama sewaktu pulang nanti", ujar Siti.
Siti menambah, akibat dari kejadian yang baharu dialami, mangsa gementar dan menjadi takut malah tidak dapat berkata-kata disebabkan kejadian itu. Menurut Siti, kubur Kampung Chenderung Batu Timur adalah sebuah perkuburan Islam paling lama sejak tahun 1969 lagi di mana penduduk-penduduk kampung terbabit mendakwa kubur berkenaan agak keras dengan pelbagai gangguan. Katanya, kawasan itu pada masa dulu sering menjadi tempat pihak tertentu yang mengamalkan ajaran khurafat dengan memberikan jamuan kepada jin belaan masing-masing sehinggakan berlakunya kejadian seumpama itu.
Tambah Siti, walaupun kawasan perkuburan terbabit adalah perkuburan Islam, namun amalan yang bertentangan dengan Islam masih menebal di kalangan segelintir masyarakat pada waktu itu dengan mempercayai jin-jin itu sebagai keramat, penolong dan boleh dijadikan sahabat.
Jin, apabila dijadikan sahabat dalam segala aktiviti harian mulailah makhluk berkenaan naik tocang. Menjadi amalan segelintir penduduk pada waktu itu yang menganggap jin-jin sebagai pelindung diri untuk mengelakkan diganggu oleh manusia lain supaya berasa takut terhadapnya. Dengan demikian, apabila tuannya meninggal, mulailah jin-jin terbabit berkeliaran dan mengamuk kerana tidak lagi mendapat makanan, habuan dan layanan istimewa sebagaimana dari tuannya sebelum ini. Padahnya, orang lain pula yang menjadi mangsa dan kejadian diganggu oleh lembaga dari kubur itu adalah salah satu masalah yang berpunca dari jin-jin tersebut.
Justeri, Siti berpesan kepada mangsa supaya segera mengambil wuduk malah pada malam itu juga penduduk-penduduk kampung terbabit menunaikan solat hajat secara berjemaah dalam usaha menangkis gangguan makhluk halus terbabit terhadap mangsa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan