RELATIF: Media Mematangkan Minda . Selamat Datang . Selamat Membaca . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmirelatif-2.blogspot.com

Rabu, 30 Oktober 2013

Taman Indera Petra (Kota Bharu)


TAMAN INDERA PETRA
(KOTA BHARU)

KOTA BHARU, KELANTAN: TAMAN Indera Petra terletak di atas tanah seluas 2 ekar 68 depa. Pada tahun 1960-an dulu, taman ini hanya merupakan Taman Permainan Kanak-kanak yang diwujudkan untuk kegunaan penduduk sekitarnya.

Pada tahun 1995, taman ini telah dibina dan dibaikpulih secara sempurna lagi oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu sesuai dengan "Taman Rekreasi Keluarga". Disebabkan prasarananya yang agak selesa dengan pemandangannya yang mempesonakan telah menarik ramai pengunjung untuk ke taman ini berikutan pembinaan "Taman Tema Air (Splash)" telah menyebabkan Taman Indera Petra semakin terserlah dan dikenali.

Berikutan sambutan pengunjung yang agak memberangsangkan, beberapa kemudahan untuk pengunjung telah disediakan di taman ini umpamanya Taman Tema Air, Taman Permainan Kanak-kanak, Medan Selera, Surau, Tandas Awam, Pusat Memanah, Pusat Aerobik, Pusat Internet, Dewan Terbuka, Pusat Taekwando dan Tempat Letak Kereta.

Lazimnya, Taman Indera Petra dan Taman Tema Air ini telah dikunjungi oleh kebanyakan pengunjung yang terdiri dari kanak-kanak dan orang dewasa adalah pada hari cuti umum, cuti mingguan seperti hari Jumaat dan Sabtu termasuk cuti persekolahan. Kanak-kanak adalah warga yang paling ceria apabila dibawa ke taman ini kerana mereka mengidam untuk bermain air di Taman Tema Air ini terutamanya di sebelah petang, manakala golongan dewasa akan menjadikan suasana malam bersama keluarga ke Taman Indera Petra ini untuk menjamu selera.

Pendek kata, setiap kali musim cuti taman ini akan sentiasa dipenuhi pengunjung yang menjadikan aktiviti beriadah, rekreasi dan santai bersama keluarga sambil menikmati keindahan dan hembusan bayu di tengah-tengah bandar Kota Bharu yang terletak berhampiran Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan.



Taman Indera Petra terletak di bandar Kota Bharu di Jalan Kuala Krai.



Taman Tema Air (Splash) terletak dalam Taman Indera Petra ini.


Taman Permainan Kanak-kanak.


Medan Selera.


Gerai Makanan.

Surau.

Tempat letak kenderaan.

Batu asas Taman Indera Petra.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Ahad, 20 Oktober 2013

Hutan Lipur Jeram Linang (Machang)


HUTAN LIPUR JERAM LINANG
(MACHANG)

MACHANG, KELANTAN:  JERAM LINANG adalah sebuah kawasan hutan lipur, rekreasi dan air terjun yang dianggap malah begitu terkenal di negeri Kelantan. Hutan ini dikatakan ditemui dan dibuka oleh moyang Paksu Mi (Paksu Mi adalah rakan Penulis yang kini menetap di Kota Bharu). Moyang beliau dianggap seorang yang berani dan salah seorang peneroka hutan yang disegani kerana dalam usia berkenaan beliau sudah sanggup meredah hutan seorang diri semata-mata mencari kawasan baru untuk dibuka dan diberikan nama.

Menurut ceritanya, Jeram Linang pada ketika itu masih belum mempunyai nama malah dipenuhi hutan yang agak tebal. Hanya seseorang yang berhati cekal sahaja yang berjaya ke situ. Setelah tiba di tempat berkenaan beliau mula menghunus senjata sabit atau sadat (bentuk ladam kuda) yang sentiasa dibawanya untuk menebang dan mencantas segala pokok yang menghalang laluannya. Setelah sehari suntuk beliau berbuat demikian, kelihatanlah olehnya sebuah jeram dan air terjun yang agak memukau di situ. Pada ketika itu, air terjun yang dimaksudkan agak cantik dan terjunan air terjunnya agak tinggi dan kuat tidak sebagaimana hari ini yang agak perlahan.

Setelah agak penat bekerja untuk membersihkan kawasan laluan dan persekitaran air terjun dan jeram yang dimaksudkan, beliau berehat beberapa ketika lalu menyandarkan belakangnya di sebatang pokok sambil melipat dan membungkus rokok daun nipah berulamkan tembakau lalu disedutnya perlahan-lahan. Sebatang sabit yang digunakannya untuk mencantas pokok-pokok di kawasan air terjun dan jeram itu kemudiannya dipacakkan di sebatang pokok yang dijadikan tempat belakangnya untuk bersandar itu.

Disebabkan terlalu mesra, senang dengan suasananya apatah lagi agak terlalu letih bekerja di kawasan terbabit, beliau kemudianya tertidur di jeram itu. Apabila terbangun dari tidurnya, hari sudah semakin gelap sehinggakan laluan tidak lagi kelihatan untuk pulang. Akhirnya beliau membuat keputusan untuk bermalam di jeram itu seorang diri. Hakikatnya, dari pengalaman beliau itulah, Jeram Linang diberikan nama kerana terlalu asyik bersandar dan senang dengan suasananya sehinggakan membuatkan beliau tertidur tanpa mendapat gangguan dari sesiapa.    

Hutan Lipur Jeram Linang ini terletak di kawasan Hutan Simpan Ulu Sat, dalam Jajahan Machang sebagaimana Hutan Lipur Bukit Bakar yang juga tersohor di daerah berkenaan. Malah pada masa dulu kawasan puncak Hutan Lipur Jeram Linang ini boleh dilalui sehingga ke Hutan Lipur Bukit Bakar oleh kebanyakan pendaki dan para graduan universiti yang menghabiskan cuti semester mereka. Malah Penulis pernah dimaklumkan, sewaktu ketika dulu aktiviti penebangan kayu balak secara haram sering berlaku dan laluan inilah yang sering digunakan oleh pembalak-pembalak haram itu untuk menyeludup dan menyembunyikan aktiviti mereka supaya tidak dihidu oleh pihak berkuasa perhutanan.

Hutan Lipur Jeram Linang ini adalah kawasan jeram dan air terjun yang dianggap terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi kepada orang ramai di negeri Kelantan. Ia adalah air terjun setinggi 12 meter, sehinggakan namanya dikenali umum. Menjadi tumpuan ramai sebagai destinasi ideal untuk berkelah, berehat, berkhemah dan merentas hutan bukan sahaja dari kalangan warga tempatan tetapi juga turut dikunjungi oleh penduduk-penduduk dari Pasir Puteh, Jerteh (Terengganu) dan dari luar Kelantan sendiri. Ada yang bermotosikal dan berkereta untuk ke hutan lipur ini semata-mata mengharapkan ketenangan fikiran dan jauh dari kesibukan bunyi yang membosankan.

Jaraknya dari pusat bandar Kota Bharu kira-kira 65 kilometer, dari Pasir Puteh (melalui jalan Pasir Puteh - Machang) sejauh 10 kilometer dan dari Machang (melalui jalan Machang - Wakaf Linchong) sejauh 15 kilometer. Majlis Daerah Machang selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menyediakan banyak kemudahan seperti tempat parkir kenderaan, surau, wakaf rehat, tandas awam (dikenakan caj 30 sen seorang), bilik persalinan, gerai makanan dan restoran, tempat permainan kanak-kanak, chalet, kolam mandi untuk kanak-kanak dan tapak perkhemahan kepada pengunjung yang gemarkan kepada suasananya yang nyaman dan menyegarkan tatkala berkunjung ke hutan lipur ini. Papan tanda dan kain rentang tentang arahan dan amaran juga turut dipasang sebagai makluman awal kepada orang ramai dan pengunjung agar sentiasa berwaspada ketika bersuka-ria dan mandi-manda.

Namun, walaupun banyak kemudahan tidak dapat digunakan sepenuhnya seperti tandas awam yang mengalami masalah bekalan air, bilik persalinan yang baru dibina sentiasa ditutup, tong sampah yang sentiasa penuh dengan sampah tetapi tidak dikutip dan diselenggarakan dengan sempurna malahan sikap pengunjung yang membuang sampah merata-rata juga menjadikan hutan lipur ini hilang serinya. Sesuatu yang menariknya, seekor katak raksasa turut ditemui di kawasan jeram berkenaan sebagai menandakan kawasan berkenaan belum tercemar dan sesuai dihuni oleh pelbagai spesis haiwan.

Justeru, kalau setakat untuk menikmati bunyi deruan air terjun, mandi dan menyelam di kawasan kolam yang agak dalam, menikmati bunyi unggas dan panorama hutannya, anda tidak rugi untuk berkunjung ke Hutan Lipur Jeram Linang. Ini kerana, apabila anda berada satu jam di kawasan air terjun ini, segala masalah akan dapat dilupakan dan minda akan kembali memperolehi kesegarannya apabila pulang setelah menikmatinya di Hutan Lipur Jeram Linang, Machang, Kelantan.

Papan tanda di Wakaf Linchong.

Jambatan khusus dibina di atas sungai jeram.


Suasana di Jeram Linang.


Kolam mandi.


Kolam mandi kanak-kanak turut disediakan.

Air Terjun Jeram Linang.

Makhluk misteri (dalam bulatan) yang sempat dilihat oleh Wartawan RELATIF sedang memerhati pengunjung sedang mandi di kolam di bawahnya. Kolam ini agak dalam.

Di hujung jeram ini adalah kolam dalam sebagaimana yang dimaksudkan.



Keadaan jeram air terjun.

Sungai dan jeram air terjun.


Keadaan hutan yang segar dan belum terusik.



Spesis katak raksasa dalam habitat di Jeram Linang, sebagai petanda tiada berlaku pencemaran.

Gerai makanan turut disediakan.

Gerai peralatan mandi untuk kanak-kanak.

Bilik persalinan.



Wakaf rehat.


Tandas awam (caj 30 sen seorang).



Tempat letak kenderaan.






Kain rentang dan papan tanda arahan dan amaran kepada pengunjung.

"Sila Datang Lagi".

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH