EKSPEDISI BUKIT MARAK
BACHOK, KELANTAN: BUKIT MARAK yang terletak
dalam daerah Bachok, Kelantan adalah sebuah bukit yang agak tersohor
lebih dari 360 tahun lalu. Bukit ini pernah menjadi tempat Raja Kelantan
Keenam, Cik Siti Wan Kembang bersemayam
sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun
1605 Masihi. Selepas itu, Puteri Maryam binti Sultan Adiluddin (Raja
Loyor) atau lebih dikenali sebagai "Puteri Sa'adong" juga menjadikan
Bukit Marak sebagai tempat Baginda bersemayam selepas kemangkatan suami
Baginda, Raja Abdullah pada tahun 1671 Masihi.
Selepas Baginda Puteri Sa'adong tidak lagi menetap di Bukit Marak, sejak itu keadaan Bukit Marak menjadi terbiar malah tiada pihak yang cuba untuk mengkomersialkannya kepada umum. Ia kemudiannya menjadi tempat golongan bertapa, bersuluk dan beruzlah untuk mendalami pelbagai ilmu kebatinan dan kerohanian dalam gua berkenaan. Bahkan hanya beberapa orang blogger dan media elektronik yang cuba mencungkil rahsia gua dan penghuninya di sebalik bukit yang terlindung hutan dan pandangan umum itu. Ini disebabkan, ada pihak yang masih lagi berasa sangsi dan takut untuk mendekati malah memasuki atau menyusuri gua yang sedia menunggu tetamunya.
Menyedari betapa pentingnya Bukit Marak yang begitu gah di tempatnya itu perlu mendapat perhatian yang sewajarnya, pada 15 Februari, 2014 yang lalu, tiga peserta yang terdiri daripada Azmi Mohd. Salleh (Penulis), Anis Sabirin bin Azmi (anak keempat Penulis) serta rakan, Sabri Mat Nor telah mengadakan "Ekspedisi Bukit Marak" iaitu menyusuri gua Bukit Marak.
Kami bertiga memasuki gua Bukit Marak jam 1.15
petang berbekalkan lampu suluh yang sentiasa tergenggam erat di tangan. Ini adalah kerana, keadaan dalam guanya yang agak gelap gelita tentunya mendatangkan kesukaran untuk kami melangkah. Dalam keadaan dan suasana dalam gua berkenaan yang dipenuhi dan
dilitupi batu-batan yang agak besar tentunya ruang untuk melaluinya agak sukar,
keadaan ruangnya yang agak sempit, kadang-kadang kami terpaksa melaluinya
secara merangkak, meniarap, menelentang dan melaluinya secara mengiring.
Bermakna jika tubuh seseorang itu agak gempal tentunya tidak akan dapat
melalui keadaannya yang agak sempit itu.
Pada masa-masa tertentu, kami terpaksa mengharapkan bantuan akar-akar yang berjuntai dari puncak Bukit Marak yang melingkar di celah-celah ruang gua. Suasananya yang agak kelam dan hitam kami terpaksa menggunakan bantuan lampu suluh. Beg sandang yang kami bawa kadang-kadang terpaksa dihulurkan satu demi satu kepada pengemudinya iaitu Anis Sabirin yang sempat menjejak laluan di dalam gua berkenaan. Jika tidak berbuat demikian tentunya kami akan gagal untuk melintasi setiap ruang gua tersebut. Kami juga menemui beberapa calok dan tempat orang bertapa di dalam gua terbabit.
Setelah bersusah-payah melalui rintangan dan halangan batu-batu dalam gua berkenaan, kira-kira pukul 3.15 petang kami akhirnya sampai ke puncak Bukit Marak itu dalam keadaan pakaian yang basah dan berlumpur kerana perlu meniarap dalam keadaan laluan yang berair. Malah paling merimaskan apabila kami ingin bertolak pulang.

Pada mulanya, kami cuba
menuruni lereng, namun kami gagal kerana keadaan batu-batan gua berkenaan yang
agak tinggi dari bentuk badan kami menyebabkan kami tidak dapat meneruskan
hasrat tersebut. Akhirnya, kami membuat keputusan, jalan terbaik dan
paling alternatif adalah melalui jalan asal iaitu memasuki laluan dalam gua itu kembali. Namun,
pada masa yang sama, kami berharap menemui jalan lain yang lebih alternatif.
Akhirnya, kami menemui jalan yang diinginkan apabila kami menemui laluan keluar di celah-celah batuan dan kami dapat melihat beberapa rumpunan buluh duri. Pada hemat Penulis, apabila adanya buluh-buluh berkenaan tentunya menjadi tempat penduduk-penduduk kampung terbabit yang ingin mendapatkan buluh dan sudah tentu sebuah kawasan tumpuan dan laluan ke situ.

Telahan kami memang tepat kerana apabila melaluinya, kami menemui jalan keluar dari gua berkenaan yang paling alternatif, cepat dan tanpa disangka. Hanya beberapa langkah sahaja kami tiba di luar gua di sebelah bawah yang hanya beberapa meter sahaja dari arah masuk gua pada awal kami menyusurinya. Pada ketika itu, jam menunjukkan pukul 3.45 petang.
Penulis dan peserta Ekspedisi Bukit Marak berasa lega kerana kesukaran ketika menyusuri gua yang berkeadaan gelap gelita, tetapi apabila kami ingin melangkah pulang, didapati hanya beberapa minit sahaja ketiga-tiga peserta kami sudah berada di bawah. Kami juga menganggap ekspedisi pada hari dan tarikh tersebut sebagai berjaya. Ini kerana, pada hemat Penulis, di antara gua yang paling pelik dan sukar untuk dilalui di sebelah dalamnya berbanding dengan gua-gua yang lain adalah gua Bukit Marak.
Tiga peserta Ekspedisi Bukit Marak pada 15 Februari, 2014.
Bukit Marak dirakam dari jarak yang jauh.
Kami melangkah ke arah gua Bukit Marak.
Bergambar kenangan di pintu masuk gua Bukit Marak (tempat Puteri Sa'adong masuk).
Hal utama ekspedisi ini ialah terpaksa merangkak kerana keadaan guanya yang agak sempit.
Keadaan akar-akar kecil yang tumbuh dan berjuntai dari puncak Bukit Marak.
Keadaan batu-batan dan ruang dalam gua ini yang perlu kami lalui untuk sampai ke puncak bukit.
Tempat tinggal kelawar yang menandakan puncak Bukit Marak.
Kami akhirnya tiba di puncak Bukit Marak.
Laluan luar gua. Kami tiba di bawah jam 3.45 petang.
Kami menuruni pulang di celah-celah rumpunan buluh.
(Sila akses video Ekspedisi Bukit Marak di You Tube: www.youtube.com/azmi mohd salleh)
Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
ANIS SABIRIN BIN AZMI